ARTIKEL

Anggota penyelamat melakukan pencarian di kawasan hutan sekitar Engkilili bagi mengesan warga emas yang hilang hari ini.

Operasi 3 Hari SAR Gagal Temui Warga Emas Hilang, Unit K9 Kini Dikerahkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas, Chin Shin Fah, yang dilaporkan hilang di kawasan Rumah Panjang Baie, Merio Tambak masuk hari ketiga hari ini namun masih belum menemui sebarang petunjuk.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3 Sri Aman, Muhammad Rais Adham Rosalan memberitahu bahawa radius pencarian kini turut diperkukuhkan dengan penglibatan Unit Anjing Pengesan (K9).

Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi menjejak Chin Shin Fah di Merio Tambak.

“Usaha menjejak mangsa pada hari ini dibantu oleh anjing pengesan jabatan bagi mengesan sebarang jejak atau bau di sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Bagaimanapun, setakat ini mangsa masih gagal dikesan dan tiada sebarang barangan peribadi milik beliau ditemui di kawasan pencarian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kronologi kejadian, Muhammad Rais menjelaskan bahawa mangsa bersama ahli keluarganya telah ke Rumah Panjang Baie pada 3 Januari lalu bagi menghadiri upacara sembahyang.

Mangsa dikatakan keluar dari kawasan ruai kira-kira jam 11.30 malam dan tidak kembali semula ke bilik kediaman mereka.

Menyedari kehilangan tersebut, ahli keluarga bersama penduduk kampung bertindak melakukan pencarian di sekitar kawasan rumah panjang namun usaha tersebut menemui jalan buntu sebelum laporan rasmi dibuat.

Kali terakhir dilihat, mangsa berpakaian baju lengan panjang berwarna kelabu dan berseluar pendek hitam.

Operasi SAR ditangguhkan petang tadi dan akan disambung semula pagi esok.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha