ARTIKEL

Operasi 3 pagi cekup pasangan kekasih bawa dadah RM13,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis merampas dadah bernilai lebih RM13,000 dalam satu serbuan di Matang Jaya, Kuching, awal pagi tadi, selepas menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz berkata, operasi tersebut dijalankan kira-kira jam 3.10 pagi dan melibatkan pemeriksaan sebuah kereta yang berada berhampiran sebuah premis kedai di kawasan berkenaan.

“Seorang suspek lelaki berusia 34 tahun dan seorang suspek wanita berusia 28 tahun ditemui berada di dalam kenderaan tersebut semasa pemeriksaan dijalankan oleh pihak polis.

“Dalam operasi itu, polis merampas dadah disyaki syabu, ketamin, erimin 5 serta serbuk campuran ecstasy yang dianggarkan bernilai RM13,789.00 dan dipercayai untuk tujuan pengedaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Irwan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman berat terhadap kesalahan mengedar dan memiliki dadah berbahaya.

Beliau berkata, tangkapan tersebut merupakan hasil risikan dan pemantauan berterusan polis terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan Matang Jaya.

“Polis akan terus melaksanakan operasi bersepadu bagi membanteras sindiket pengedaran dadah serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut, dan polis tidak menolak kemungkinan tangkapan serta tindakan susulan akan diambil terhadap individu lain yang terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah ini,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU