ARTIKEL

Anggota APM Sarikei membantu operasi 'Nyah Buaya' bersama-sama Sarawak Forestry Corporation (SFC). Foto Ihsan APM Sarikei.

Operasi buru Sang Bedal di Sungai Rajang bermula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Operasi memburu ‘penghuni’ Sungai Rajang yang dipercayai menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk di sekitar kawasan Sarikei bermula malam tadi, melibatkan kerjasama antara Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi Nyah Buaya yang diketuai oleh Paul Pawing itu, tertumpu di tebingan sungai sepanjang 7.6 kilometer yang dikenal pasti sebagai lubuk reptilia berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, operasi turut melibatkan tujuh anggota APM termasuk seorang pegawai operasi.

“Sepanjang operasi itu, kita berjaya mengesan 19 ekor buaya, tiga daripadanya buaya dewasa, manakala selebihnya merupakan anak buaya.

“Kesemua buaya ditemui di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi habitat utama mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, dalam operasi berkenaan APM memainkan peranan penting sebagai pasukan sokongan kecemasan sekiranya berlaku sebarang insiden semasa operasi dijalankan.

“Peranan kedua APM ialah menyediakan aset dan memberi bantuan dalam pemindahan haiwan itu sekiranya berjaya ditangkap sepanjang operasi,” tambahnya.

Menurut Shahrol Azizi, operasi tersebut dijadualkan berlangsung sehingga 7 Julai ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan serta tahap ancaman terhadap penduduk.

“Saya menasihatkan penduduk agar segera menghubungi APM atau mana-mana agensi berkaitan jika terserempak dengan haiwan ini supaya tindakan lanjut dapat diambil.

“Kerjasama dan maklumat yang berkaitan amat penting bagi memastikan operasi dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan keselamatan penduduk terus terpelihara,” tambahnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha