ARTIKEL

Pasukan SAR melakukan pencarian hingga ke Muara Gerigat dan Selalang.

Operasi Carilamat lelaki jatuh laut disambung esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Operasi pencarian seorang lelaki warga emas yang terjatuh dari kapal di muara Rajang disambung esok selepas gagal menemui keberadaan mangsa.

Carilamat yang memasuki hari keempat itu ditangguhkan pada 5.10 petang tadi dan dijangka disambung semula seawal 8 pagi esok.

Komander Operasi, Bangga Baie memberitahu, dalam operasi hari ini bomba melakukan pencarian di Muara Gerigat dan Selalang.

“Jarak perjalanan dari PKOB mengambil masa satu jam lebih ke lokasi pencarian. Pencarian di sepanjang persisiran pantai menggunakan bot penyelamat dan berjalan kaki menyusuri pantai,” katanya.

Ketika kejadian pada Rabu itu kapal mangsa, Mustafpa Abdullah @ Moses Mleng, 65, dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Tanjung Manis sebelum dihempas ombak setinggi 3.5 meter, menyebabkan mangsa dan rakannya terjatuh ke laut.

Lelaki yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun sebagai anak kapal itu, cuba diselamatkan oleh rakannya, namun gagal.

Sementara itu, rakan mangsa sempat berpaut di atas pondok yang jatuh dan terapung sebelum diselamatkan oleh bot tunda Danum 126.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu