ARTIKEL

Operasi jejaki mangsa dipercayai disambar buaya di Sri Aman diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seramai 56 anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikhuatiri dibaham buaya di sungai Batang Lupar, Seduku Ili, hari ini.

Terdahulu, mangsa, seorang lelaki dikenali sebagai Kong Gindi, 47, dipercayai disambar buaya ketika leka mencuci perahu bersama rakannya sekitar pukul 9.45 pagi, pada Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Kapt(PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata, operasi SAR hari ketiga telah digerakkan seawal jam 6.30 pagi dengan menggunakan 16 buah perahu termasuk milik orang kampung.

“Bot penyelamat angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) membuat pencarian menghala ke hilir Sungai Upik.

“Radius pencarian di lokasi adalah berjarak dalam dua kilometer,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dedahnya, kesemua petugas SAR terdiri daripada APM seramai tujuh orang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak 10 orang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai enam anggota.

1OPERASI… operasi SAR hari ketiga diteruskan untuk mencari mangsa dikhuatiri hilang disambar buaya

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu