ARTIKEL

Operasi mencari kru kapal hilang di perairan Samalaju diaktifkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (MRSC) Maritim Kuching telah mengaktifkan operasi mencari seorang kru kapal tangki yang dikhuatiri hilang kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Ia susulan kapal tangki terbabit dilaporkan karam di perairan Samalaju pada jarak lebih kurang 40.2 batu nautika dari barat laut Bintulu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, operasi diaktifkan selepas MRSC Kuching menerima laporan polis berhubung kapal Banga 2 beserta empat kru yang dikhuatiri karam di perairan berkenaan pada jam 10.53 pagi.

Bagaimanapun, katanya, tiga kru terdiri daripada dua warga tempatan termasuk nakhoda dan seorang warga India berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi kru warga India dikenali sebagai Himanshu Kumar disyaki hilang.

“Menurut mangsa yang terselamat, ketika kapal tangki tersebut sedang bersauh sekitar jam 2 pagi semalam, mereka telah dilanda ribut dengan ombak dipercayai setinggi lima meter dan kelajuan angin yang mencapai 50 knot.

“Ia menyebabkan kapal dimasuki air dan tenggelam dalam masa dua jam.

“Kesemua mangsa ketika itu memakai jaket keselamatan terpaksa dilepaskan kerana kapal telah ditenggelami air,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa yang menaiki rakit keselamatan berjaya diselamatkan oleh bot yang kebetulan berada berhampiran dan seterusnya membawa mereka ke darat, manakala seorang lagi mangsa hanyut kerana tidak sempat menaiki rakit tersebut.

Dalam pada itu, katanya lagi, pakaian terakhir mangsa yang dilaporkan hilang adalah berbaju hitam putih, seluar panjang dan memakai jaket keselamatan.

Menurutnya, KM SETIA yang sedang beroperasi di sekitar perairan Bintulu telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.

Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Samalaju dan MRSC Kuching sudah memaklumkan insiden kejadian kepada agensi sahabat serta memohon aset udara kepada Unit Udara Bomba Miri dan Polis Gerakan Udara Miri.

Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengaktifkan operasi carilamat seorang kru kapal tangki yang dikhuatiri hilang di perairan Samalaju di Bintulu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha