ARTIKEL

SAR…Operasi SAR Mark ditangguhkan.

Operasi mencari, menyelamat lelaki hilang di Kampung Rayang disambung esok hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang dikhuatiri hilang Selasa lalu di Kampung Rayang, di sini ditangguhkan petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, operasi SAR mangsa, Mark Rumbu, 57, ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

“Operasi ditangguhkan susulan hari mulai gelap dan menyukarkan usaha pencarian dilanjutkan. Operasi akan bersambung semula pagi esok,” kata kenyaaan itu.

Terdahulu, mangsa, Mark Rumbu, 57, dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke kebun sekitar jam 2.30 petang dan tidak pulang ke rumah.

Usaha mencari mangsa terus dilaksanakan sejurus menerima laporan insiden hari ini.

“Pasukan SAR melakukan pencarian dengan berjalan lebih kurang 2 kilometer ke lokasi mangsa dilaporkan hilang dari dewan Kampung Rayang.

“Jumlah annggota terlibat ialah seramai enam orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian serta melibatkan seorang anggota PDRM, lima anggota APM dan dua anggota RELA,” katanya.

Menurut kenyataan PGO, mangsa merupakan OKU pendengaran.

Usaha awal mencari mangsa di lokasi dipercayai hilang pada awalnya telah dilaksanakan namun tiada sebarang petunjuk.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU