ARTIKEL

Usaha mencari dan menyelamat Mark Rumbu, 57, giat dijalankan.

Operasi mencari, menyelamat lelaki hilang di kebun Kampung Rayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Usaha menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki tempatan yang dikhuatiri hilang Selasa lalu (17 Disember) di Kampung Rayang, dilaksanakan hari ini.

Mangsa, Mark Rumbu, 57, dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke kebun sekitar 2.30 petang dan tidak pulang ke rumah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, usaha mencari mangsa terus dilaksanakan sejurus menerima laporan insiden hari ini.

“Pasukan SAR melakukan pencarian dengan berjalan lebih kurang 2 kilometer ke lokasi mangsa dilaporkan hilang dari dewan Kampung Rayang.

“Jumlah annggota terlibat ialah seramai enam orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian serta melibatkan seorang anggota PDRM, lima anggota APM dan dua anggota RELA,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, mangsa dilaporkan merupakan OKU pendengaran.

Usaha awal mencari mangsa di lokasi dipercayai hilang pada awalnya dilaksanakan, namun tiada sebarang petunjuk mangsa dijumpai.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah