ARTIKEL

Operasi menjejak warga emas hilang sejak seminggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seorang warga emas berusia 63 tahun yang tinggal di rumah panjang Mupoh Baroh, Spak dekat sini dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 6 Jun lalu.

Menurut adik mangsa Rosita Anyan, 54, dalam laporannya, abangnya yang dikenali Jam Anyan disedari tiada di rumah dan sehingga semalam, dia masih tidak pulang.

“Saya risau kerana sehingga kini dia tidak balik ke rumah,” katanya.

Jelasnya, sebelum ini abangnya itu pernah keluar dalam tempoh dua ke tiga hari, tetapi dia akan balik.

“Berlainan kali ini, selepas hampir seminggu kelibatnya masih tidak kelihatan. Saya ada juga bertanya dengan penduduk kampung.

“Kami juga sudah mula menggerakkan operasi untuk menjejaki Jam,” ujarnya.

Laporan polis dibuat pada Selasa kira-kira 9:00 pagi dan pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Betong ASP Noor Illham Hadeni ketika dihubungi pagi ini mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, operasi SAR sudah digerakkan.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu