ARTIKEL

Antara kaedah yang digunakan oleh pasukan bomba dalam Operasi Pemadaman Kebakaran Belukar dan Gambut seluas 12 ekar, di sini.

Operasi Pemadaman Kebakaran Belukar dan Gambut di Kampung Banting diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Pasukan Bomba Lawas meneruskan Operasi Pemadaman Kebakaran Belukar dan Gambut seluas 12 ekar pada hari ketiga di Kampung Banting Fasa 1, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pelbagai teknik pemadaman digunakan untuk mengawal dan memadam kebakaran ini.

“Peralatan khusus seperti dron turut digunakan untuk memantau lokasi kebakaran seterusnya merancang kaedah dan strategi pemadaman yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan operasi pemadaman awal dengan membentang satu aliran 400 kaki satu nozel menggunakan floating pam dari sumber parit berdekatan.

“Seterusnya, PKO membentang dua aliran daripada pam Ziegler prime mover, aliran pertama 300 kaki, aliran kedua 400 kaki satu cabang pembahagi dan dua nozel.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dihalang daripada merebak ke tempat lain,” jelasnya.

Tambahnya, helikopter bomba dari Pangkalan Operasi Udara (POU) Miri turut digerakkan bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden ini Selasa lalu pada jam 2.10 petang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU