ARTIKEL

Pesawat Bombardier Cl-415 sedang beroperasi

Operasi pemadaman kebakaran hutan guna pesawat khas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengatur gerak Pesawat Bombardier CL-415 miliknya bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di Sungai Adong.

Operasi itu dilaksanakan secara bersepadu bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dilaksanakan bermula semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Shafie Paing berkata, operasi pemadaman kebakaran yang diaktifkan pada pukul 3 petang itu bermula sebaik sahaja pesawat terbabit tiba.

“Pemadaman menggunakan pesawat itu telah menerapkan teknik pengeboman air (water bombing) dengan menyasarkan kepala api.

“Sebanyak 30,000 liter air telah digunakan bagi memadamkan kebakaran tersebut.

“Anggaran kawasan yang terlibat dalam kebakaran adalah 150 ekar, di mana enam puluh peratus daripadanya telah berjaya dipadamkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, beliau mendedahkan bahawa operasi ini turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, termasuk syarikat-syarikat swasta di daerah Miri yang datang memberi bantuan dalam mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Tambahnya lagi, operasi pemadaman akan diteruskan sehingga seluruh kawasan kebakaran berjaya dipadamkan.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka berikutan cuaca panas yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan boleh menghubungi MERS 999 untuk maklum balas segera.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah