ARTIKEL

Operasi pembuatan sanitasi tangan tiruan diserbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah premis disyaki mengusahakan produk pensanitasi tangan tiruan diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak di kawasan Batu 3, Khamis lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Unit Pengurusan Media dan Publisiti KPDNHEP Sarawak menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.

Jelasnya, hasil risikan selama dua bulan berjaya menjejaki sarang operasi pembikinan produk terbabit sekaligus membuat serbuan di lokasi sekitar jam 12 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati suspek menjalankan aktiviti pembancuhan dan pembungkusan semula pensanitasi tangan tiruan menggunakan cap dagangan berdaftar ‘SARAYA’.

“Hasil serbuan menemui beberapa barangan termasuk 42 unit Saraya Smart San pelbagai saiz, tiga unit tong kosong, seunit tong berisi cecair dianggarkan seberat 10 Liter, dan seunit pam manual.

“Jumlah keseluruhan barang rampasan bernilai RM4,140.00,” dedah kenyataan itu semalam.

Tambahnya, kesemua barang terbabit telah disita bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 102, Akta Cap Dagangan 2019.

Tegasnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda RM15,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menegaskan akan sentiasa memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan dari semasa ke semasa dalam menangani aktiviti penjualan produk tiruan di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.