ARTIKEL

Operasi perkhidmatan kaunter kutipan hasil JTS Bahagian Miri ditutup sementara waktu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi perkhidmatan kaunter kutipan hasil Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Miri akan ditutup buat sementara waktu bermula esok hingga 10 Februari ini.
JTS dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan kaunter kutipan hasil akan bermula beroperasi seperti biasa pada hari Khamis, 11 Februari.
“Segala urusan berkaitan dengan urusan bayaran cukai tanah, premium tanah dan sebagainya boleh dibuat secara dalam talian.
“Pelanggan boleh memuat turun e-Lasis dan Mobile Lasis melalui aplikasi Google Play atau App Store pada telefon bimbit atau komputer untuk meneruskan urusan berkaitan,” katanya hari ini.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkenaan dengan perkhidmatan tersebut boleh berhubung dengan ibu pejabat JTS Sarawak (082-444111), Cawangan Pentadbiran Tanah, JTS Bahagian Miri (085- 434 935) atau emel ke landsurvey@sarawak.gov.my.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha