ARTIKEL

Pihak polis turut sama menjalankan operasi SAR.

Operasi SAR belum jumpa warga India terjatuh ke dalam Batang Igan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga negara India yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai Batang Igan pada Khamis dan memasuki hari kedua semalam masih belum menemukan mangsa.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, ketika dihubungi berkata operasi SAR diketuai oleh Ketua Balai Polis Sentral Sibu, ASP Binsin Lunjong, bermula jam 8.30 pagi.

Katanya, operasi SAR yang disertai pihak bomba dan juga agensi lain telah melakukan pencarian di sekitar sungai dalam lingkungan radius 20 kilometer ke hilir hingga ke kawasan Kampung Tutus, Batang Igan dan ke hulu hingga kawasan Tanjung Lebaan.

“Operasi SAR ditangguhkan pada jam 5 petang tadi dan akan disambung semula esok (Sabtu),” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Jamwal Akash, 23, dilaporkan terjatuh dari sebuah kapal di Gimhawk Shipyard, Sungai Maaw di sini sekitar jam 10 pagi Khamis.

Semasa kejadian, seorang saksi dilaporkan mendengar bunyi mangsa terjatuh dari kapal dan ternampak mangsa terkapai-kapai pada permukaan air sejauh 30 meter dari kapal terbabit.

Pasukan bomba ketika menjalankan operasi SAR tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha