ARTIKEL

Operasi SAR Layang disambung semula esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) salah seorang penduduk Kampung Gawang di sini masih diteruskan esok.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, radius operasi SAR itu dianggarkan enam kilometer dari pusat kawalan bomba (PKB).

“Setakat jam 5.15 petang tadi, belum ada petunjuk berkenaan dengan penemuan mangsa.

“Operasi SAR ditangguh dan akan bersambung esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jurucakap itu menambah, operasi SAR dimulakan seawal jam 8 pagi dan diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, Mat Undek bersama empat anggota yang lain.

Selain itu, seramai 11 anggota PDRM dan 40 orang kampung turut terlibat dalam operasi SAR tersebut.

Terdahulu, mangsa Layang Sula, 75 dilaporkan hilang pada 17 Februari lalu, selepas keluar untuk pergi ke kebunnya di Kampung Gawang pada 16 Februari.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi