ARTIKEL

P1-P2: SAR… Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua mangsa, Jokepli, diteruskan hari ini.

Operasi SAR warga emas terjatuh Sungai di Kampung Kelaoh diteruskan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kelaoh semalam, dimulakan jam 8 pagi tadi.

Komander Operasi PPgB, Muhamad Hazijul Abdul Mujun, berkata operasi SAR untuk Jokepli Hamidi, 60, melibatkan pelbagai agensi termasuk penduduk kampung.

“Operasi hari ini diaktifkan dengan menggunakan sebuah bot bomba untuk mencari mangsa sekitar 2.5 kilometer (km) hilir hingga hulu sungai dari lokasi kejadian.

“Sebuah bot kedua diturunkan pada jam 12 tengah hari selepas menunggu air pasang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, setakat laporan ini ditulis, usaha pencarian masih belum menemui mangsa.

Semalam, beliau berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.20 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu digerakkan ke lokasi.

Tambah Muhamad Hazijul, maklumat daripada saksi yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian, menunjukkan mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari bot yang dinaikinya.

“Saksi memaklumkan bahawa kali terakhir mangsa dilihat sedang mengemas bot di jeti, berpakaian biru muda lengan panjang dan berseluar tracksuit hitam.

“Saksi turut memberitahu bahawa mangsa sempat meminta bantuan dan berusaha untuk berenang ke tebing sungai.

“Setelah menyiapkan bot, saksi terus menuju ke arah mangsa untuk memberikan bantuan, namun mangsa telah hilang dihanyutkan arus deras,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan