ARTIKEL

Ops Benteng sekat lori bawa barang seludup dari Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebuah lori berisi sayur-sayuran dan buah-buahan dipercayai barang seludup daripada negara Indonesia ditahan hasil Sekatan Jalan Raya (SJR) berhampiran kawasan Suba Buan, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon mengesahkan tangkapan dilakukan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau ketika membuat pemantauan di lokasi sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Kampung Serasot menghala ke Bandar Bau.

“Hasil pemantauan Ops Benteng berjaya menahan dua individu lelaki berusia 27 dan 43 tahun di dalam sebuah lori berisi barangan dipercayai seludup daripada negara jiran.

“Barang-barang ditemui berupa 12 guni halia,15 guni kacang buncis, 18 guni buah naga, ubi keledek dan ubi keladi masing-masing lapan guni telah dirampas bagi tindakan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dedahnya, siasatan lanjut turut mendapati suspek berjaya membawa muatan secara haram menerusi laluan tidak sah.

Tambahnya, salah seorang suspek yang juga warga Indonesia didapati tidak mempunyai dokumen sah perjalanan rentas sempadan.

Jelas Poge, semakan rekod bagaimanapun menunjukkan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Susulan itu, katanya, kedua-dua suspek bersama barangan kes dibawa ke IPD Bau untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan8(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempat Jangkitan) 2020 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan