ARTIKEL

Antara individu yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Masja, Petra Jaya.

Ops Samseng Jalanan: 10 Mat Rempit Ditahan, 100 Motosikal Disita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 10 orang ‘mat rempit’ ditangkap dan 100 buah motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Masja, Petra Jaya.

Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Kuching dari jam 4 petang semalam hingga 4 pagi, hari ini.

Antara motosikal yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Masja, Petra Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata sebanyak 544 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Seramai 10 orang lelaki berumur dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 100 buah motosikal turut ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati telah diubah suai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah dalam operasi itu, seramai 343 individu dan 325 buah motosikal telah diperiksa.

Alexson berkata operasi bagi membanteras aktiviti samseng jalanan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU