ARTIKEL

Ops Tapis Bau Tumpaskan Dua Lelaki Tempatan Terlibat Syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Dua lelaki tempatan dicekup polis dalam operasi khas membanteras dadah di pekan Bau tengah hari tadi. Mereka tidak sempat melarikan diri.

Kedua-duanya ditahan secara berasingan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bau menerusi Operasi Tapis yang dijalankan sekitar jam 1 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berumur 28 tahun yang ditemui membawa tiga bungkusan kecil plastik lutsinar mengandungi bahan dipercayai syabu seberat hampir 10 gram.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menjumpai dadah kristal putih dipercayai syabu dengan berat kasar 9.84 gram. Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952” katanya dalam kenyataan media.

Tambah Dr Daram dalam tangkapan kedua pula seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan dengan satu peket plastik mengandungi bahan yang sama seberat 0.27 gram.

Kedua-dua suspek turut menjalani ujian air kencing dan didapati positif dadah justeru siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama, jelas Dr Daram.

Katanya lagi, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan sekitar RM1,000 dan pihak polis akan memohon perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.

“Operasi seumpama ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas aktiviti penagihan atau pengedaran dadah” tegas beliau.

Pihak polis turut menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki kegiatan mencurigakan di kawasan mereka agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha