ARTIKEL

Tiga lelaki tempatan berjaya ditahan dalam Ops Tapis Khas di kawasan ladang Jalan Mukah-Balingian, semalam.

Ops Tapis Khas: Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti dadah di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tiga lelaki warga tempatan berjaya ditahan dalam Ops Tapis Khas kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan ladang Jalan Mukah-Balingian, di sini, semalam.

Ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia antara 28 hingga 57 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira 5 petang.

Tiga lelaki tempatan berjaya ditahan dalam Ops Tapis Khas di kawasan ladang Jalan Mukah-Balingian, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan dilakukan di luar pondok pengawal sebuah syarikat perladangan berdasarkan maklumat yang diterima pihak polis.

Menurutnya, suspek pertama, 57, ditahan ketika berada di belakang pondok pengawal.

Tiga lelaki tempatan berjaya ditahan dalam Ops Tapis Khas di kawasan ladang Jalan Mukah-Balingian, semalam.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu keratan tiub straw plastik lut sinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.45 gram.

“Ujian urin terhadap suspek mendapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek direman selama dua hari sehingga 28 Ogos ini bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek kedua iaitu seorang pembantu kedai, 28, ditahan ketika berada di hadapan pondok pengawal, namun pemeriksaan tidak menemukan sebarang barang yang salah.

Bagaimanapun, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh pendakwaan,” katanya lagi.

Sementara itu, suspek ketiga, 37, turut ditahan ketika berada di hadapan pondok pengawal dan pemeriksaan tidak menemukan sebarang barang yang salah.

Ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu bagaimanapun didapati positif amphetamine dan methamphetamine.

Suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Dalam pada itu, Polis Daerah Mukah menegaskan komitmen untuk terus membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan