ARTIKEL

Jambatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )

OPS TUNGGAK: RM2.5 JUTA SAMAN DIBAYAR SEJAK SEPTEMBER 2024 – JPJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Sebanyak RM2.5 juta saman dibayar oleh pemandu warga asing terutama dari Thailand menerusi Ops Tunggak kenderaan asing sejak September tahun lepas.


Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muhammad Kifli Ma Hassan berkata kebanyakan saman dibayar di Perlis, diikuti Kedah, Kelantan dan Perak iaitu negeri yang bersempadan dengan Thailand.


“Kebanyakan saman membabitkan pemandu van yang membawa pulang pekerja dari Thailand di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang.


“Saman tertinggi dibayar melibatkan seorang pemandu van warga Thailand baru-baru ini yang mempunyai saman tertunggak RM65,000. Sebaik menjelaskan saman kita telah melepaskan van berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini semalam.


Sementara itu, Muhammad Kifli berkata JPJ juga telah mengutip RM35 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 setakat ini.


“Sehingga kini masih ada lebih kurang dua juta saman yang belum diselesaikan dan JPJ menyeru orang ramai agar segera membayar sebelum 30 Jun depan.


“Kompaun khas ini melibatkan tiga kesalahan iaitu tiga jenis notis saman JPJ iaitu Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115),” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha