SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Orang kasar Cerita hutangG dan Kkemewahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pengarah teater Orang Kasar, Mohammad Asri Ibrahim

Usaha menampilkan bakat baharu terdiri daripada anak muda merupakan cara terbaik mengetengahkan seni teater di Sarawak.

Pengarah tetaer Orang Kasar, Mohamad Asri Ibrahim berkata, pementasan teater boleh dijadikan platform belajar serta melalui sendiri proses tersebut untuk memantapkan persembahan.

Justeru, Asri mahu menggalakkan orang ramai datang menyaksikan pementasan teater kerana di Sarawak, aktiviti sebegini sangat kurang dilakukan.

Teater Orang Kasar pada 17 dan 18 Mac lalu merupakan pementasan kedua selepas teater Arum Bulak yang dipentaskan pada 11 Januari lalu. 

Teater ini dipersembahkan oleh Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MCTP), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sarawak.

Bagaimanapun, beliau akui banyak cabaran dihadapi seperti mendapatkan pelakon komited dan mampu menghidupkan watak.

“Teater ini berkisar tentang kehidupan iaitu hutang dan kemewahan yang boleh dijadikan pengajaran.

Ada orang kita hidup mewah tetapi berhutang.

“Pengajaran lainnya ialah jangan terlalu membenci sesuatu perkara kerana mungkin perkara itulah akhirnya kita suka,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak, baru-baru ini.

Baca lain  Teater pentas cerminan budaya

Menurut Asri, mesej disampaikan agak mudah, tetapi watak itulah memberi makna.

Tanpa kewujudan watak tersebut, mesej cerita tidak dapat disampaikan.

MESEJ MELALUI WATAK

“Teater ini merupakan karya asal Anton Chekov diterjemah oleh W.S Hendra, kemudian diolah mengikut kesesuaian keadaan di Malaysia. 

“Lain watak, lain pembawaannya, latihan memakan masa lebih tiga bulan untuk membentuk watak yang mampu menyampaikan mesej teater ini,” ujarnya.

Teater tersebut mengetengahkan pelakon kelahiran Sarawak iaitu Jean Seymour (Puan Martopo) dan Amirul Shafiq Zamori (Baitul Bilal) serta pelakon berpengalaman Mazlan Hipni (Darmo).

“Insya-Allah persembahan teater tahun ini mungkin ada lagi, namun masih belum ada perancangan bergantung kepada keputusan daripada pihak persatuan Sanggar Kreatif.

“Hargailah seni tempatan kita di Sarawak sama ada muzik, tarian, teater dan sebagainya sebab seni ini bukan satu cabang sahaja.

“Dalam bidang muzik misalnya, artis teater datang sokong persembahan mereka, demikian jugalah artis muzik datang menyokong pementasan teater,” katanya. 

Besar harapan Asri agar masyarakat lebih terbuka menerima dan memberi sokongan kepada aktiviti kesenian seumpama ini. 

Baca lain  Ayie Floor 88 DISIHIR dan DITIPU?

Untuk rekod, Mohamad Asri mula terlibat dalam pementasan teater pada 1999 dan pernah menang Anugerah Teater Negeri Sarawak.

Sementara itu, Jem Seymour (Puan Martopo) ketika ditemui pemberita berkata, berlakon di pentas teater agak mencabar berbanding lakonan televisyen kerana tiada pengalaman dalam bidang tersebut serta memerlukan lontaran suara jelas.

Pada masa yang sama, Jem Seymour berharap penonton terhibur dan terus menyokong seni teater di Sarawak.

Selain itu, Amirul Syafiq yang memegang watak Baitul Bilal mengakui teruja ketika pertama kali ditawarkan berlakon di pentas teater.

Selepas melakukan banyak latihan, dia akui masih banyak kelemahan dirinya dalam bidang tersebut. 

“Saya ingatkan berlakon teater ini mudah, rupa-rupanya sangat susah.

“Skrip panjang dan bermonolog sangat mencabar bagi saya.

Tetapi ada lagi lebih mencabar iaitu bahasa badan, ekspresi dan lontaran suara.

“Saya ada masalah suara sebenarnya kerana saya pemalu dalam kehidupan sebenar walaupun pernah terlibat dalam penggambaran televisyen dan drama.

“Kami cuba mempromosikan teater, Sanggar Kreatif ialah pertubuhan menyeluruh dan bukannya fokus kepada teater sahaja.

Baca lain  Sekiranya bom nuklear meledak di angkasa

Kami mahu fokus teater, biar Sarawak aktif berteater agar orang awam tahu secara tidak langsung kewujudan teater di sini,” katanya.

Di samping itu, Mazlan Hipni merupakan pelakon berpengalaman dalam bidang teater sejak 2010 iaitu sejak sekolah.

Dia mula serius dalam bidang tersebut pada 2014 dan banyak pementasan teater dipersembahkan.

“Walaupun penat menghidupkan watak Darmo dengan gerak-geri yang agak mencabar, tetapi perkara tersebut sudah sebati dalam diri saya kerana pengalaman,” katanya.

SINOPSIS ORANG KASAR

Untuk pengetahuan, teater Orang Kasar mengisahkan janda, Puan Martopo yang bercerai mati dengan suami tercinta.

Tanpa Puan Martopo sedari, arwah suaminya meninggalkan sejumlah hutang yang sangat besar di sepanjang hidupnya.

Suatu hari Puan Martopo didatangi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Baitul Bilal, sahabat baik kepada arwah suaminya.

Baitul Bilal datang untuk menuntut hutang yang ditinggalkan oleh arwah suaminya. 

Puan Martopo enggan membayar kerana tiada wang tunai atau simpanan.

Maka berlakulah ketegangan di antara Puan Martopo dengan Baitul Bilal.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

KNIGHTS OF ZODIAC

KNIGHTS of the Zodiac ialah filem aksi daripada adaptasi animasi

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru