ARTIKEL

JOM KUNJUNGI... Application Day Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak

Orang ramai dijemput kunjungi “Application Day” Universiti Teknologi Swinburne 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai dijemput untuk mengunjungi “Application Day” Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di lima bandar utama seluruh negara bermula 20 Januari depan.

Menerusi satu kenyataan, hari tersebut merupakan peluang keemasan kepada bakal pelajar di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai kursus yang ditawarkan oleh universiti peringkat global itu.

Program akan bermula di Kuching dan Pulau Pinang pada 20 Januari.

Untuk di Kuching, hari tersebut akan berlangsung di kampus Swinburne Sarawak dekat Jalan Simpang Tiga bermula 10 pagi hingga 4 petang.

Sementara di Pulau Pinang akan diadakan di Restoran Jepun Hanzo bermula 1 petang hingga 5 petang.

Seterusnya pada 21 Januari, acara sama akan berada di Sibu, diikuti di Johor pada 22 Januari yang akan berlangsung di T4 di Waterfront, Johor Bahru

Venue terakhir di Kota Kinabalu pada 27 Januari akan berlangsung di Pejabat EduQuest, Blok J, Asia City.

Acara di Sibu, Johor Bahru dan Kota Kinabalu akan berlangsung bermula 1 petang hingga 5 petang.

Untuk rekod, acara di Pulau Pinang dan Johor dianjurkan dengan kerjasama AUG Student Services.

Manakala di Sibu dengan kerjasama GES Global Educational Services dan di Kota Kinabalu bersama EduQuest Education Services.

Pelajar dan ibu bapa digalak untuk mengunjungi hari tersebut di lokasi terdekat bagi meneroka laluan pengajian, kursus, biasiswa, pilihan bantuan kewangan oleh Yayasan Sarawak, pilihan pertukaran atau pemindahan, kemudahan dan banyak lagi.

Melalui khidmat kaunseling tersedia, pelawat akan dapat memperoleh maklumat tentang pelbagai program yang ditawarkan oleh Swinburne Sarawak, bermula daripada perniagaan sehingga ke pengkomputeran, reka bentuk, kejuruteraan, ukur bahan, sains, seni, media dan pendidikan.

Mereka yang berkunjung ke kampus di Kuching berpeluang mengikuti lawatan kampus berpandu serta menerima surat tawaran serta-merta sebaik permohonan dibuat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat membawa bersama salinan kad pengenalan warganegara Malaysia atau salinan pasport yang disahkan, transkrip serta sijil-sijil akademik.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hantar emel ke study@swinburne.edu.my atau menghubungi +6082-415 353 atau melalui aplikasi WhatsApp +6019-819 6353.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha