ARTIKEL

PUTRAJAYA, 14 Dis -- Orkid Putrajaya 2023 berlangsung selama 7 hari bermula hari ini sehingga 20 Disember di Taman Botani, Putrajaya. Dengan tema Pesona Anggerik, Orkid Putrajaya 2023 mempamerkan pelbagai jenis orkid khas untuk penggemar bunga-bungaan. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Orchidmas sasar eksport orkid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Arab Saudi menjelang 2025.

Orchidmas ialah syarikat yang menguruskan promosi produk orkid keluaran Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD). Ia turut terlibat dalam pengendalian setiap operasi logistik darat dan udara dari Malaysia ke Dubai (UAE) bersamasama dengan rakan strategik, Emirates SkyCargo.

Dalam satu kenyataan, penasihat projek rintis LEOD Mohamad Nizam Malik berkata sasaran itu bergantung kepada kejayaan pengeksportan ke Dubai yang dijangka bermula pada Ogos tahun ini.

“Kami menyasarkan sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan RM300 juta nilai eksport produk florikultur ke Dubai setahun.

“Projek LEOD yang akan memulakan pengeluaran pada bulan depan dijangka menghantar konsainan pertama ke Dubai pada Ogos,” katanya.

Fasa pertama LEOD melibatkan tiga kawasan seluas 29.14 hektar di Linggi dan Lukut di Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.

Sementara itu, setiausaha bahagian (Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Khalid Ibrahim berkata fasa pertama LEOD itu merupakan usaha awal mengeksport produk orkid ke negara-negara Teluk melalui Dubai.

“Ladang berkenaan yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi iaitu Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI) dijangka mengeluarkan sejumlah 3.88 juta keratan orkid Mokara setiap tahun,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Orchidmas International LLC, Shiz Kassim berkata syarikat itu akan berkolaborasi dengan Fresh and Best General Trading untuk melancarkan jualan dan promosi di Dubai melalui platform e-dagang, orchidmas. com.

“Produk orkid hibrid Mokara ini akan dijadikan bunga keratan untuk dieksport dalam bentuk kotak hadiah dengan konsep “Sedia untuk Dipamerkan” (Ready-toDisplay) yang akan memberi nilai tambah kepada produk itu.

“Untuk koordinasi semua operasi logistik darat dan udara dari Malaysia ke Dubai, kami akan berkolaborasi dengan rakan strategik kami, Emirates SkyCargo,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Bantu PKS dalam perniagaan halal

KUALA LUMPUR: Hong Leong Islamic Bank (HLISB) memperkenalkan penyelesaian perbankan Islam bersepadu, BizHalal, yang bertujuan membantu perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menceburi ekonomi

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36