ARTIKEL

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin | BERNAMA

Oscar dilantik sebagai Pengarah Teknikal NFDP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia Oscar Francisco Gonzalez dilantik Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) baharu berkuat kuasa 21 April lepas.

Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataan semalam memaklumkan pemilihan Oscar yang juga diberi tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Oscar yang memegang jawatan selaku Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia dipilih hasil cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah menemuduga empat calon disenarai pendek oleh badan induk itu pada 13 Dis 2023,” menurut kenyataan itu.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai panel penemuduga berkenaan yang turut dianggotai timbalannya Datuk S Sivasundaram, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Abdul Rahman, Pengarah Teknikal FAM Scott O’Donell dan Ketua Unit Sumber FAM Zukhailah Marzuki.

Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.

Beliau juga telah berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales, Westfield Sports dan A League Central Coast Mariners di Australia. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan