ARTIKEL

Oyen selalu buat hal, dua kali kepala tersangkut pada lubang dinding yang sama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Kepala seekor kucing, oyen di perumahan Sunny Garden, Kota Kinabalu, Sabah, tersangkut pada lubang dinding.

Dalam unggahan di Facebook, Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Kota Kinabalu pada Sabtu, 17 Februari lepas, melaporkan petugas menyelamatkan kucing tersebut.

Selepas mendapat panggilan telepon oleh pemilik kucing, pasukan APM menggunakan gergaji, tukul dan pahat untuk memecah tembok agar kepala si kucing dapat dikeluarkan dengan selamat.

Bahkan, dalam unggahan tambahannya, admin FB tersebut dengan tajuk
“Lubang yang sama, Oyen yang sama!”, berkongsi kisah bahawa kucing yang sama pernah tersangkut sebelum ini iaitu pada 10 Oktober 2023.

“Oyen oh oyen 😅 Kepada anda yang ada memelihara oyen, sila perhatikan oyen-oyen anda agar tidak membuat masalah demi menjaga nama baik kucing yang lain😂.,” admin FB APM Kota Kinabalu memperingati netizen.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU