KUCHING: Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) telah mengadakan mesyuarat selama tiga hari bermula Rabu lalu (2 Julai) hingga hari ini.
Mesyuarat terbabit berlangsung dengan jayanya di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan dipengerusikan oleh Pengerusinya, Razaili Gapor.
PAC dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat terbabit bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kewangan awam di peringkat jabatan dan agensi negeri.
Selain itu, ia bertujuan mendapatkan maklum balas terus daripada pihak berkaitan.
Turut serta, ADUN Batu Kitang Datuk Lo Khere Chiang; ADUN Kabong Datuk Mohd Chee Kadir; dan ADUN Batu Lintang See Chee How.



