ARTIKEL

Gambar Fail

Pacu agenda ekonomi bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus memperkasakan kekayaan isi rumah bumiputera, khususnya dalam kalangan kumpulan B40 dan M40, menerusi usaha meningkatkan tabungan, memperluas peluang pelaburan serta membangunkan kemahiran bagi meningkatkan pendapatan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, usaha meningkatkan pelibatan bumiputera dalam pemilikan kekayaan merupakan antara keutamaan kerajaan yang dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme, termasuk membina keupayaan usahawan dan memperkukuh simpanan persaraan.

“Usaha meningkatkan pelibatan bumiputera merupakan satu aspek penting bagi kerajaan.

Kita berusaha meningkatkan peluang melalui pelbagai mekanisme untuk membina usahawan.

“Bagi mereka yang bekerja dalam sektor formal dan tidak formal, usaha kita adalah untuk meningkatkan tabungan supaya mereka mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara,” katanya pada sidang media Laporan Tahunan GEAR-uP 2026.

Amir Hamzah berkata kerajaan turut menyediakan pelbagai instrumen pelaburan menerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi membolehkan bumiputera memperoleh pulangan pelaburan lebih baik.

Beliau berkata, bagi mereka yang bekerja dalam sektor formal dan mencarum kepada KWSP, usaha meningkatkan tabungan adalah penting bagi memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan.

“Bagi mereka yang bekerja dalam sektor formal dan mencarum kepada KWSP, usaha kita adalah untuk meningkatkan tabungan yang ada supaya mereka mempunyai simpanan yang mencukupi apabila tiba usia persaraan.

“Di bawah PNB, kita mewujudkan dana seperti ASB yang memberi peluang kepada bumiputera untuk melabur bagi memperoleh pulangan lebih baik, sekali gus meningkatkan keupayaan kewangan mereka,” katanya.

Selain itu, Amir Hamzah berkata kerajaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran individu bagi membantu meningkatkan pendapatan, sekali gus memperkukuh keupayaan mereka untuk menambah simpanan dan membuat pelaburan.

“Bagi individu, kita meningkatkan latihan kemahiran untuk menambah peluang dan daya saing mereka supaya berpeluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

“Apabila mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik, mereka mempunyai lebihan dana dan kita mengajar mereka cara melaburkan semula dana yang ada. Dengan itu, kekayaan mereka akan meningkat,” katanya.

Laporan Kemajuan GEAR-uP 2026 yang diterbitkan itu, mendedahkan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) institusi pelaburan berkaitan Bumiputera, iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji dan dana Amanah Saham Bumiputera (ASB), kini berjumlah RM292.1 bilion.

Laporan sama turut mendedahkan lebih 70 peratus pemegang unit utama dalam instrumen kewangan berkenaan terdiri daripada isi rumah M40 dan B40. -Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu