ARTIKEL

Pacu Pemodenan Industri Padi, Perkasa Tanah NCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kewujudan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak (SPRB) berupaya membuka ruang lebih luas kepada kerajaan untuk menyelaras sumber dan pembangunan industri padi secara lebih berkesan menerusi kerjasama pelbagai agensi serta pelibatan sektor swasta.

ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, langkah ini amat signifikan dalam usaha memodenkan sektor penanaman padi, khususnya melibatkan petani kecil yang sebahagian besarnya mengusahakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Katanya, kira-kira 80 peratus pesawah di negeri ini terdiri daripada golongan petani kecil yang masih mengekalkan pendekatan tradisional dalam aktiviti pertanian mereka.

“Undang-undang di peringkat Persekutuan ketika ini tidak memberi penekanan khusus isu berkaitan tanah NCR serta kaedah pertanian masyarakat pribumi yang unik di Sarawak,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang itu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Usaha ini bukan sahaja memelihara warisan masyarakat tempatan, malah mampu menjadikan tanah adat sebagai aset ekonomi yang lebih produktif dan bernilai tinggi kepada rakyat,” tambahnya.

Beberapa kawasan dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk pembangunan industri padi termasuk Sri Aman, Mukah melibatkan kawasan Daro, Kapit serta Limbang.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak menghadapi kekangan tertentu untuk menyelaras pembangunan sektor padi secara menyeluruh berikutan beberapa bidang kuasa masih tertakluk di bawah peraturan Persekutuan.

Beliau berkata, Fasal 31 turut memberi kuasa kepada SPRB untuk menubuhkan syarikat sendiri selain melaksanakan kerjasama awam-swasta (PPP) bagi mempercepat pembangunan industri padi dan meningkatkan keyakinan pelabur dengan sektor berkenaan.

“Saya optimis transformasi industri padi Sarawak akan bergerak seiring dengan agenda PCDS 2030 menerusi penggunaan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), pemantauan rantaian bekalan secara digital dan penggunaan jentera berasaskan hidrogen hijau ke arah pertanian mampan serta sifar karbon selain menumpukan pembangunan modal insan melalui latihan agropreneur muda dalam bidang robotik dan teknologi pertanian masa depan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU