ARTIKEL

Padah Beli Loteri Haram, Lelaki Didenda RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gara-gara membeli sekeping tiket loteri haram, seorang lelaki tempatan didenda RM1,000 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lim Fong, 41, dari Kota Samarahan, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kafe di Jalan Matang sekitar jam 3.00 petang pada 3 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sepasukan polis menyerbu sebuah kafe di Matang kerana dipercayai terdapat aktiviti penjualan tiket loteri awam tanpa lesen.

Semasa serbuan, pihak polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian menggunakan telefon bimbit.

Tertuduh ditahan bersama barang rampasan seperti sebuah telefon bimbit, sekeping kertas bercetak nombor loteri dan wang tunai berjumlah RM30.

Hasil siasatan mendedahkan laporan bahawa tiket loteri yang dirampas daripada tertuduh ialah loteri awam tanpa lesen.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU