ARTIKEL

Padah cuba lari diperiksa polis, lelaki didenda RM1,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, seorang lelaki tempatan menerima padah apabila dijatuhi hukuman RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohamad Shafik Abdullah, 21, dari Kampung Semerah Padi Baru itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dengan cuba melarikan diri untuk diperiksa oleh pihak polis dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di Jalan Belian, 12 Februari lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa sepasukan polis hendak membuat pemeriksaan atas tertuduh, dia tidak berhenti ketika diarahkan serta bertindak melarikan diri.

Motosikal tertuduh turut dirampas sebagai barang kes.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November