ARTIKEL

Suspek dibawa keluar oleh anggota polis, semalam.

Padah mengamuk dengan parang, lelaki dipenjara enam tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Bintulu susulan kejadian mengamuk menggunakan sebilah parang di sebuah stesen minyak, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali, berkata kejadian itu berlaku pada 29 Jun lalu sebelum rakaman video yang memaparkan seorang individu cuba menyerang seorang lelaki menggunakan sebilah parang tular di media sosial pada 3 Julai lalu.

“Suspek telah ditahan sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Bintulu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, manakala Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun serta sebatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, bagi pertuduhan tersebut, suspek mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta dua sebatan.

Dalam pada itu, Nixon menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas tanpa kompromi demi menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat di daerah ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU