ARTIKEL

Padah rosakkan pintu bilik adik, lelaki didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah merosakkan pintu bilik tidur adik perempuannya yang enggan membeli rokok, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan atau denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Jannis Teng, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merosakkan pintu bilik tidur di kediaman mereka di Taman Malihah, Matang, kira-kira jam 7.15 malam, 22 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan adik perempuannya kerana enggan membeli rokok kerana masih dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Selain itu, tertuduh dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU