ARTIKEL

Motosikal yang ditahan kerana didapati telah diubah suai.

Padah ubah suai motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sembilan buah motosikal yang diubah suai ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di pusat bandar raya ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata operasi bermula jam 10 malam hingga 2 pagi itu turut mengeluarkan 50 keping saman atas pelbagai kesalahan daripada 75 buah motosikal yang diperiksa.

“Tujuan operasi adalah bagi membanteras aktiviti samseng jalanan agar pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menegaskan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching akan terus melaksanakan pemeriksaan berterusan bagi mengesan penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas dalam usaha membendung gejala samseng jalanan.

Alexson berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam dan boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching dengan menghubungi 082-2599000.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri