PADANG Futsal Piasau Utara yang telah siap sepenuhnya mampu dijadikan gelanggang bagi penganjuran pertandingan futsal atau aktiviti lain untuk penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut, Adam Yii berpuas hati dengan keadaan padang yang lebih sempurna berbanding sebelumnya di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
“Keadaan padangnya lebih rata serta lengkap dengan tiang gol serta jaringnya kini boleh digunakan untuk penganjuran pertandingan futsal.
“Pada masa sama, padang ini juga mempunyai lampu solar yang cukup terang untuk membolehkan aktiviti boleh dilakukan pada sebelah malam,” katanya semasa meninjau projek RTP dibawah DUN Pujut, pada Selasa.
Projek padang serbaguna yang siap lebih awal dari jadual itu juga turut di pagar bagi memastikan segala peralatan di situ lebih selamat dan tiada sebarang kejadian vandalisme.
“Saya berharap penduduk di sini menjaga kemudahan yang disediakan serta memastikan padang serbaguna ini digunakan untuk penganjuran aktiviti yang bermanfaat,” jelasnya.
Adam yang juga Datuk Bandar Miri turut melawat satu lagi projek RTP iaitu kawasan parkir di pasar basah Krokop 10.
Sejumlah 60 lot parkir kenderaan serta 13 lagi untuk parkir motosikal telah siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk memudahkan orang awam ke pasar basah berkenaan.
Menurutnya, ruang parkir di pasar basah berkenaan sangat terhad serta menyukarkan orang awam untuk parkir kenderaan serta membeli barangan keperluan di situ.
Sehubungan itu, dengan siapnya projek RTP berkenaan, masalah tempat parkir untuk kemudahan pelanggan atau peniaga telah dianggap selesa



