ARTIKEL

Padi Nangar pemangkin keterjaminan makanan

NUR FARIHAN RAZALI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Projek Tanaman Padi Nangar Blok G yang dicadangkan di kawasan seluas kira-kira 500 hektar di Daro dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan pengeluaran padi di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, pelaksanaan projek tersebut diyakini mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan tersebut mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan, melonjakkan pendapatan masyarakat luar bandar, di samping memperkukuh infrastruktur pertanian secara mampan dan sistematik.

“Projek tanaman padi ini merupakan antara inisiatif strategik dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian di kawasan Daro dan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan tahap sara diri pengeluaran makanan.

“Pada masa sama, projek ini dijangka mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi setempat sekali gus menyumbang kepada agenda kerajaan negeri dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog dan Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Tanaman Padi Nangar Blok G, di Dewan Telo Samah, Kampung Nangar Besar, Mukah.

Sehubungan itu, kejayaan projek pertanian berskala besar seperti itu memerlukan persefahaman serta komitmen semua pihak.

Safiee menegaskan, kerjasama daripada pemilik tanah dan pihak berkepentingan adalah amat kritikal bagi merealisasikan matlamat peningkatan produktiviti pertanian dan kesejahteraan komuniti luar bandar.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendekatan libat urus bersama masyarakat merupakan langkah penting.

“Ini bagi memastikan setiap cadangan pembangunan dapat dilaksanakan secara tersusun, telus dan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat,” tambahnya.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU