ARTIKEL

Paip Pecah Akibat Tanah Runtuh: Kerja Pembaikan Sedang Dilakukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Water Sdn. Bhd. sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan sementara ke atas saluran paip Mild Steel Cement Lined (MSCL) berdiameter 1050mm bagi memulihkan sistem kepada keadaan operasi normal secepat mungkin.

Sarawak Water Sdn. Bhd berkata, kerja-kerja pembaikan yang dimulakan pada hari ini susulan kejadian paip pecah akibat tanah runtuh itu dilaksanakan agar dapat mengekalkan integriti sistem dan kebolehpercayaan bekalan air.

“Sebagai langkah persediaan dan mitigasi risiko, kerja-kerja pembersihan tapak disiapkan pada 9 Januari lalu bagi memastikan laluan selamat untuk aktiviti pembinaan dan pembaikan.

“Laluan lencongan jalan sementara disiapkan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) pada malam yang sama bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang awam,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerja pembaikan sementara tersebut bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sekiranya berlaku hujan lebat, kerja-kerja mungkin dihentikan sementara atas faktor keselamatan, termasuk risiko ketidakstabilan tanah dan pergerakan tanah runtuh yang berpotensi berulang.

“Semua kerja dilaksanakan mengikut amalan kejuruteraan terbaik, prosedur keselamatan dan keperluan kawalan operasi yang ditetapkan,” jelasnya.

Aktiviti pembersihan tapak dilakukan sebagai kerja persediaan sebelum pembaikan sementara paip MSCL 1050mm.

Jelas kenyataan itu, pengalihan kekal saluran paip MSCL 1050mm tersebut akan dilaksanakan pada peringkat seterusnya, tertakluk kepada kajian teknikal dan penilaian kejuruteraan terperinci.

“Langkah ini bagi memastikan keselamatan jangka panjang serta kebolehpercayaan sistem bekalan air,” ujarnya.

Pihak Sarawak Water turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman orang awam sepanjang tempoh kerja-kerja penting ini dijalankan.

“Maklumat dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha