PAK Azad atau Azad Jasmin memberanikan diri menyahut cabaran ‘Pinjam Seratus’ daripada pengacara Nabil Ahmad sewaktu rancangan siaran langsung Gegar Vaganza di Astro, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Azad kelihatan segak dengan kot biru, bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak membuang masa serta terus meminta100 daripadanya.
“Saya nak pinjam seratus dari Datuk…” kata Azad dan Anwar menyambut dengan memegang kocek.
Pada masa yang sama, Azad sempat menjelaskan hasratnya “maksud saya nak pinjam seratus kata-kata semangat daripada Datuk Seri”.
Anwar kemudian berkongsi nasihat yang diminta Azad.
“Kita terus berusaha, inilah masa terbaik sekarang untuk beralih daripada keadaan lama kepada keadaan baharu…” kata Anwar.
Trend ‘pinjam seratus’ ini tular dalam kalangan selebriti dengan niat bergurau senda antara mereka.



