PENYANYI Indonesia, Mahalini Raharja atau Mahalini, 26, dikritik peminat apabila menggayakan pakaian mengalahkan pengantin ketika membuat persembahan dalam sebuah majlis perkahwinan, baru-baru ini.
Pada malam tersebut, Mahalini dilihat memakai gaun putih dan kain kembang dengan aksesori berlian.
Warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila penyanyi tersebut dilihat tidak sensitif dan sengaja memakai pakaian tersebut untuk menyaingi pengantin.



