ARTIKEL

Pakar ramal 10 negara ini bakal lenyap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Perubahan iklim dipercayai memberi impak bukan kepalang kepada Bumi.

Menjelang 2050, jika berterusan cuaca ekstrem ini dikatakan mampu menenggelamkan beberapa negara dan pulau dari peta dunia.

Rekod menunjukan pada 2022, dunia berdepan kerugian AS$313 bilion (RM1.49 trilion) akibat bencana alam yang salah satunya berpunca daripada peningkatan suhu bumi.

Memetik Yahoo! Finance, tanpa tindakan drastik dilakukan, 10 negara ini diramal mampu hilang dari Bumi.

  1. Kepulauan Solomon: Daripada hampir 100 pulau, terdapat lima pulau kecil di Kepulauan Solomon musnah dihempas gelombang air laut.
    Enam pulau lainnya sudah 20 peratus terendam air laut menyebabkan penduduknya dipindah ke kawasan lebih tinggi.
    Setiap tahun, paras air laut meningkat 8mm.
  2. Kepulauan Marshall: Kajian 2021 oleh Bank Dunia menunjukkan paras air laut naik setinggi 1 meter menyebabkan banjir kekal melanda 40 peratus bangunan di Kota Majuro.
  3. Vanuatu: Dalam setahun, kenaikan air laut mencapai 6mm di 82 kepulauan volkanik yang didiami 260,000 jiwa tersebut.

Pada 2015, Vanuatu mengalami kerosakan parah akibat Taufan Pam menyebabkan hampir semua bangunan runtuh.

  1. Fiji: Fiji mengalami kenaikan air laut mencapai 6mm setahun. Sebelum ini, warga di desa Vunidogoloa dipindahkan akibat naiknya paras air laut.
    World Bank melaporkan beberapa desa di Fiji kehilangan 15-20 meter lahan daratannya.
    Hal ini menyebabkan hutan bakau yang sepatutnya melindungi Fiji, punah.
  2. Tuvalu: Setiap tahun, kenaikan paras air laut Tuvalu mencapai 5mm.

Tuvalu juga menghadapi masalah erosi terumbu karang dan badai.

  1. Samoa: Samoa menjadi wilayah paling terkesan pemanasan global. Kenaikan air lautnya mencapai 4mm setahun yang turut memberi kesan kepada sektor pelancongan dan pertanian Samoa.
  2. Kiribati: Kiribati turut diramalkan hilang dari peta menjealng 2050. Kenaikan air laut setiap tahunnya mencapai 1-4mm.
  3. Maldives: Lokasi pelancongan ini mengalami kenaikan air laut setiap tahun 1.6mm.
    Lebih 80 peratus daratan Maldives terletak kurang satu meter di atas permukaan laut.
  4. Vietnam: Vietnam berdepan kenaikan air laut yang meningkat sehingga 3.6mm setiap tahun.
    Kenaikan air laut ini memberi kesan kepada tanaman padi sehingga mampu merosakkan sektor pertanian dan bekalan makanan dVietnam.
  5. Seychelles: Setiap tahun, level air laut meningkat 2.3mm di Seychelles.
    Pada 2007, Seychelles mengalami banjir besar setinggi 50 meter.
    Sekitar 80 peratus aktiviti ekonomi Seychelles rentan banjir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU