SERIAN: Jika kebanyakan ibu bapa masih mencari tempat menarik untuk membawa anak-anak bersiar-siar sempena musim cuti sekolah ini, lokasi terbaik bagi tujuan itu sudah semestinya di Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR), Serian.
Pusat penternakan ikan eksotik termahal di Malaysia itu mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati dengan yang pakej menarik.
Pengarah BEFR, Abdullah Jawawi memberitahu, pakej yang tersedia dan diperkenalkan meliputi bayaran dengan yang kadar berpatutan kepada pengunjung.
Dengan potongan bayaran istimewa kepada kumpulan rombongan sama ada kepada pelajar sekolah dan ibu bapa bersama anak-anak mereka.
“Ada beberapa pakej yang kita sediakan di BEFR sepanjang musim cuti sekolah ini.
Antaranya, bayaran RM45 untuk dewasa dan RM25 bagi kanan-kanak, ini untuk pakej secara berkumpulan.
“Pengunjung untuk pakej ini diberi kemasukan percuma ke taman mini air,” ujar Abdullah kepada Suara Sarawak. Bukan itu sahaja, terdapat pakej khas bagi pelajar sekolah menengah dengan bayaran RM45 dan RM25 untuk kanakkanak.
“Untuk pakej ini mereka turut diberi kemasukan percuma di taman mini air dan diberi minumam percuma,” tambah Abdullah.
Sambil itu katanya, satu lagi pakej tersedia ialah untuk rombongan keluarga dengan bayaran RM140 dan turut diberi kemasukan percuma ke taman mini air di situ.
Menurut Abdullah, ada banyak pakej lain disediakan di BEFR sepanjang musim cuti persekolahan ini. “Pastikan anda terutama ibu bapa tidak melepaskan peluang bersama anak-anak berkunjung ke BEFR sepanjang musim persekolahan in,” katanya.






