ARTIKEL

Pakistan kutuk serangan pengganas di Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pakistan pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan di tenggara Iran yang mengorbankan 11 anggota polis dan mencederakan beberapa yang lain, lapor Xinhua.

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Iran… Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar berkata, keganasan adalah ancaman kepada keamanan dan keselamatan serantau serta global, dan ia perlu ditangani dengan segala cara termasuk melalui kerjasama dua hala dan serantau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU