ARTIKEL

Pameran kucing antarabangsa 2023 himpun pencinta kucing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELAIN terkenal sebagai selebriti dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli turut terkenal sebagai pencinta kucing di media sosial.

Malah, beliau pernah tular memiliki kucing bernilai ribuan ringgit dan kini lebih banyak meluangkan masa bersama-sama anak dan kucingnya.

Justeru, beliau tidak lepaskan peluang menghadiri Pameran Kucing Antarabangsa 2023.

Kehadirannya sebagai antara penaja program tersebut menarik perhatian pengunjung dan pencinta kucing.

Jejaka tampan itu berkata, meskipun masih baharu dalam bidang penjagaan kucing, beliau amat kagum dengan semua pencinta si bulus itu yang menjaga kucing dengan baik dan sempurna.

“Saya amat kagum melihat pencinta kucing yang mampu menjaga kucing mereka dengan baik.

“Saya akui masih baharu dalam bidang penjagaan kucing, tapi saya mahu belajar,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Pameran Kucing Antarabangsa 2023, baru-baru ini.

Pengunjung hadir teruja melihat pelbagai jenis kucing berhimpun dan bertanding dalam kategori tertentu.

Malah, terdapat reruai menjual makanan dan keperluan kucing disediakan sepanjang program tersebut.

KATEGORI DIPERTANDINGKAN

Terdapat 12 kategori dipertandingkan melihatkan Frank Muller memenangi Terbaik dalam Persembahan dengan kucingnya, Cyrina Ester.

Antara kategori lain dipertandingan melibatkan kucing bulu pendek kategori anak kucing dan kucing dewasa, kucing bulu panjang kategori anak kucing dan dewasa, dandanan kucing, pakaian kucing dan anugerah khas pilihan VVIP.

Anugerah khas VVIP dipilih oleh Iqbal sendiri sebagai salah seorang penaja dan tetamu khas.

PERKEMBANGAN TERKINI

Ketika ditanya berkaitan perkembangan terbaharu, Iqbal berkata, kontroversi masa lalu banyak mematangkan dirinya menjadi lebih baik.

“Saya lebih banyak memberi fokus kepada anak saya dan melakukan perkara lebih bermanfaat.

“Saya rasa lebih tenang dan bahagia, sebagai contoh saya mahu melibatkan diri menjadi penaja pameran kucing di Sarawak pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau juga berkata sangat menyukai rakyat di Sarawak kerana hidup harmoni dan saling menghormati.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU