ARTIKEL

Reaksi Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon (kanan) dan Ketua Jurulatih Kuching City FC, Irwanshah Mohamed (kiri) pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2025-26 di Stadium MBPJ

Pan Gon yakin Selangor mampu atasi Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon, yakin pasukan itu mempunyai kelebihan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2025-2026 menentang Kuching City FC pada 18 April ini.

Pan Gon menyuarakan keyakinan itu selepas skuad Gergasi Merah mempamerkan aksi yang membanggakan ketika terikat 1-1 dengan Kuching City pada perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya malam tadi.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata bahawa walaupun gagal melakar kemenangan di laman sendiri, Selangor akan mengekalkan corak permainan menyerang di Kuching.

“Kami mempunyai peluang lebih tinggi berbanding Kuching kerana saya fikir prestasi kami lebih baik. Kami menguasai dan mengawal permainan. Jika pada perlawanan di tempat sendiri mereka mahu menyerang kami, kami gembira.

“Kami akan pergi ke sana dan melihat sama ada mereka menggunakan kelebihan mereka untuk menyerang kami. Ia akan menjadi perlawanan yang baik kerana kami bukan sekadar bertahan, kami juga akan menyerang. Kami mahu menjadikannya perlawanan yang sangat menarik untuk peminat pada perlawanan kedua,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada pertembungan malam tadi, Selangor dilihat lebih banyak menguasai permainan, namun dikejutkan apabila Ronald Ngah Wanja menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 untuk meletakkan Kuching City di hadapan.

Pasukan tuan rumah sebelum itu menyangka mereka telah mendahului, namun jaringan Ahmad Zikri Mohd Khalili pada minit ke-21 dibatalkan selepas semakan VAR.

Ketika Selangor dilihat akan dihukum selepas mempersia-siakan beberapa peluang terbaik, Moraes menjaringkan gol dari jarak jauh pada masa kecederaan untuk mengikat kedudukan seri 1-1, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Pan Gon sejak mengambil alih pasukan pada awal Januari.

“Kami mengawal permainan tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol atau mencipta peluang yang baik. Itulah masalahnya. Terdapat sedikit nasib yang tidak menyebelahi kami. Secara keseluruhannya, ia adalah perlawanan yang sangat sukar dan sengit… namun saya tidak mahu terlalu negatif. Kami mahu kekal positif dan melihat ke hadapan untuk perlawanan kedua di tempat lawan,” kata Pan Gon.

Pan Gon kekal dengan rekod tanpa kalah sepanjang 14 perlawanan bersama Selangor dengan merekodkan 10 kemenangan dan empat keputusan seri dalam semua pertandingan setakat ini.

Selangor seterusnya akan menentang Sabah FC di tempat lawan pada perlawanan Liga Super pada 11 April.– BERNAMA

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU