ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Canselor Jerman Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi enam hari beliau di Federal Chancellery, semalam. | BERNAMA

Pandangan Anwar terhadap Gaza tarik minat media asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman  terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asing. 

Dalam sidang akhbar bersama Canselor Jerman  Olaf Scholz di Berlin, Anwar dilaporkan oleh Agensi Anadolu (AA) mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza tetapi mereka mengecam Hamas.

Anwar seperti dilaporkan AA berkata negara Barat seharusnya menghentikan sikap memilih-milih dan mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap sesuatu. 

“Apa yang saya tolak dengan keras ialah naratif ini, obsesi ini,macamlah semua masalah bermula dan berakhir pada 7 Okt.

Ia tidak bermula dengan 7 Okt  dan tidak berakhir dengan 7 Oktober. Ia bermula empat dekat sebelum itu, dan ia berterusan setiap hari,” katanya seperti yang dipetik AA. 

Anwar dilaporkan berkata dasar Israel terhadap Palestin yang berdekad-dekad lamanya dan kekejaman rejim itu adalah punca utama kepada konflik yang berterusan.

Konflik yang berterusan itu mengakibatkan korban dan kemusnahan yang ketara serta Israel menghadapi tuduhan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Anwar seperti dilaporkan AA berkata Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas dan libat urus itu telah membantu mereka membangkitkan kebimbangan dalam kumpulan itu, termasuk keadaan tebusan.

Beliau juga menjelaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.

Sementara itu Al Jazeera melaporkan Anwar mempertahankan hubungan Malaysia dengan sayap politik Hamas, sambil menambah beliau tidak akan memohon maaf di atas hubungan ini.

“Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana saluran atau sayap ketenteraan, saya telah menjelaskan perkara ini kepada rakan-rakan sejawat saya di Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya sepertimana dilaporkan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu