ARTIKEL

Pandelela Belum Mahu Bersara, Fokus Layak Sukan Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong belum berhasrat bersara daripada sukan terjun dalam masa terdekat kerana mahu terus berbakti kepada negara.

Anak jati Sarawak itu berkata tumpuan beliau kini ialah melayakkan diri ke Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun yang dijadualkan dari 19 Sept hingga 4 Okt.

“Belum lagi, sekarang saya fikir untuk terjun lagi. Sasaran saya layak ke Sukan Asia,” katanya ketika ditemui selepas Kejohanan Ujian Terjun Kebangsaan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Berhubung prestasi pada kejohanan itu, Pandelela bersyukur dengan markah yang diperoleh selain dirinya dapat mengawal kecederaan yang membelenggunya dengan baik.

“Terjunan pertama paling sukar dan mencabar bagi saya, namun saya bersyukur dengan keseluruhan persembahan hari ini kerana berjaya melepasi Skor Kelayakan Minimum (MQS),” katanya.

Terdahulu, Pandelela menepati ramalan apabila memenangi kategori 10 meter (m) platform individu wanita dengan markah keseluruhan 292.05 selepas lima terjunan sekali gus melepasi MQS ditetapkan Akuatik Malaysia (MAS).

Tempat kedua dan ketiga kategori itu dimenangi penerjun negara Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar (283.15) dan Lee Yiat Qin (266.8). – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke