ARTIKEL

Pantang larang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menurut Sandy Chong Ai Lin, 41, Tahun Baharu Cina ialah perayaan tradisional paling penting masyarakat Tionghoa.

“Perayaan ini bukan sahaja perayaan kebangsaan, ia juga bermakna tahun baharu yang membawa harapan baharu,” ujarnya kepada Suara Sarawak. 

KEPERCAYAAN

Katanya, mengikut kepercayaan Cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat tuah dan kemakmuran tahun baharu.

Sebelum perayaan, ahli keluarga perlu membersihkan rumah untuk membuang segala “barang lama” — barangan fizikal dan fikiran.

Selain itu, ujarnya, aktiviti menyapu atau membuang sampah dilarang kerana menyapu disifatkan seperti membuang tuah.

Malah, masyarakat Cina dilarang mengambil atau memakan ubat, ia termasuk membancuh jamu atau makan ubat pada hari pertama kerana dipercayai jatuh sakit selama setahun. 

“Kami juga dilarang menyebut perkataan tidak baik atau negatif, misalnya berkaitan mati, sakit, miskin atau hantu.

Sebagai contoh, gunakan ungkapan ‘seseorang pergi’ jika bercakap tentang kematian. 

“Kami juga dilarang memakan bubur dan daging ketika sarapan.

Bubur dianggap sarapan orang miskin, manakala daging tidak diambil sebagai simbol hormat kepada dewa,” jelasnya.

Tambahnya, mencuci atau menggunting rambut pada hari pertama Tahun Baharu Cina juga dilarang.

Ejaan rambut iaitu fa mempunyai sebutan dan simbol menjadi kaya — facai.

Sempena perayaan tahun baharu, Sandy berharap dirinya sentiasa dimurahkan rezeki selain membuat banyak perkara membawa keuntungan dan kekal sihat. 

Sementara itu, Ryan Han mengakui sambutan Tahun Baharu Cina lebih dirasai dan sangat dinanti-nantikan ketika zaman kanak-kanak.

Berkongsi tradisi sebelum perayaan, Ryan berkata, emak dan bapanya pasti membawa mereka sekeluarga keluar membeli biskut, minuman, barang dekorasi dan sebagainya sebelum membersih dan menghias rumah.

Manakala, menu wajib menjelang perayaan bagi keluarganya ialah ayam panggang, itik panggang, ngio hiang, sup sayur, kari ayam dan ayam goreng.

Mereka tidak menikmati apa-apa jenis ikan kerana alahan.

PELUANG BERKUMPUL

“Selepas makan, saya dan adik-beradik akan tunggu sehingga 12 tengah malam untuk lihat bunga api.

“Bagi kanak-kanak, inilah masa untuk mereka ambil angpau.

“Bunga api lambang kegembiraan dan kemeriahan perayaan.

Secara tradisi, dentuman bunga api dipercayai dapat menghalau roh jahat,” tambahnya.

Kini, jelasnya, keterujaan perayaan tersebut tidak begitu dirasai, namun tetap menjadi peluang untuk berjumpa saudara-mara dan rakan. 

“Dikatakan sesiapa yang lahir pada Tahun Naga akan membawa nasib baik, mempunyai semangat kepimpinan dan memiliki sikap unik,” ujarnya.

Berkongsi tradisi masyarakat Cina, ujarnya, tanglung merah dijadikan hiasan yang digantung di luar pintu sebagai lambang kebahagiaan dan mengusir nasib malang.  

Tambahnya, paling mendapat perhatian ketika perayaan ialah sampul merah atau angpau.

“Angpau berisi duit diberikan oleh individu sudah berkahwin kepada orang bujang atau kanak-kanak dalam jumlah genap. 

“Pokok oren, limau Mandarin atau kumquat dalam loghat Kantonis bermaksud emas dan tuah diletak di rumah sebagai penyambut tuah dan kekayaan,” tambahnya.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha