ARTIKEL

RASMI…. Royston menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan dengan menandatangani papan pintar interaktif, di SJKC Chong Boon dan SK Kampung Petanak, hari ini.

Papan pintar interaktif perkukuh PdP di dua buah sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penyerahan sumbangan papan pintar interaktif kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Boon dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak diharap dapat memperkukuh penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), sekali gus meningkatkan kecemerlangan akademik kedua-dua sekolah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk membantu memenuhi keperluan sekolah berdasarkan permohonan yang dikemukakan sebelum ini.

Menurutnya, pemberian kemudahan tersebut turut mengambil kira pencapaian membanggakan yang dicatatkan oleh sekolah terbabit serta keperluan untuk terus memperkasakan institusi pendidikan menerusi penggunaan teknologi moden.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Papan Pintar Interaktif kepada SJKC Chong Boon dan SK Kampung Petanak di SK Kampung Petanak, di sini, hari ini.

RASMI…. Royston menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan dengan menandatangani papan pintar interaktif, di SJKC Chong Boon dan SK Kampung Petanak, hari ini.

Royston berkata, sebelum ini kedua-dua sekolah tidak mempunyai papan pintar interaktif dan penyerahan kemudahan itu diharap dapat menyokong proses pembelajaran dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan yang dicapai oleh warga pendidik SK Kampung Petanak membuktikan sekolah berkenaan mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti dan berpotensi untuk terus melakar kejayaan.

“Saya berharap kemudahan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada murid dan sekolah, malah menjadi pemangkin semangat kepada para guru untuk terus menyumbang bakti serta mengekalkan komitmen dalam mendidik anak-anak,” katanya.

Royston menerima sijil penghargaan daripada pihak SJKC Chong Boon dalam majlis tersebut.
RAKAM KENANGAN… Royston merakam kenangan bersama warga SJKC Chong Boon dan SK Kampung Petanak selepas penyerahan tersebut.
RAKAM KENANGAN… Royston merakam kenangan bersama warga SJKC Chong Boon dan SK Kampung Petanak selepas penyerahan tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha