ARTIKEL

EMAS PERTAMA... Anson Tiong (depan) bersama Datuk Dr Mohamad Razi. – FOTO MOHD. ALIF NONI

PARA SUKMA 2026: Anson Tiong penyumbang emas pertama Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Atlet para powerlifting, Anson Tiong Cheong Huat, 19, mencatat nama sebagai penyumbang pingat emas pertama Kontinjen Para Sukma Sarawak pada temasya Sukan Para Sukma 2026.

Anak jati kelahiran Bintulu itu berjaya mencatat angkatan terbaik 97 kilogram pada angkatan ketiganya dalam saingan kategori lelaki 49 kilogram yang berakhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) sebentar tadi.

Pencapaian itu menyaksikan Anson mengatasi Myzos Majanting dari Sabah yang meraih pingat perak dengan angkatan 95 kilogram dan Muhammad Roozaimi Johari dari Negeri Sembilan yang mencatat 94 kilogram.

Ketua Kontinjen Para Sukma Sarawak, Datuk Dr Mohamad Razi Sitam, turut hadir menyaksikan saingan Anson Tiong dan diberi penghormatan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

“Tahniah kepada Anson Tiong kerana berjaya meraih pingat emas pertama untuk Sarawak.

“Kita harap kejayaan dia akan mencetus semangat buat atlet lain yang akan bersaing dalam acara masing-masing selepas ini,” ujar beliau ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

ANGKATAN EMAS… Anson Tiong ketika melakukan angkatan. – FOTO MOHD. ALIF NONI

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,