ARTIKEL

PENERANGAN... Sabarriah Amit dan Sarini@Syarbini Kedri ketika ditemui media. | Foto: MOHD. ALIF NONI

Para SUKMA 2026: Yakin kemampuan perenang baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Skuad para renang menyasarkan untuk cuba meraih sekurang-kurangnya 12 pingat emas pada temasya Sukan Para SUKMA 2026.

Saingan kali ini menyaksikan skuad kendalian Sarini@Syarbini Kedri dibarisi seramai 27 orang perenang keseluruhan, 21 muka baharu berbanding enam perenang berpengalaman.

Pengurus pasukan, Sabarriah Amit berkata, daripada jumlah tersebut seramai 22 perenang lelaki dan lima wanita berada dalam skuad ini.

KEKAL FOKUS… Sebahagian perenang ketika sesi latihan bebas. | Foto: MOHD. ALIF NONI

Beliau akui, dengan gabungan perenang berpengalaman dan muka baharu dalam skuad, Sabariah percaya perenang sedia ada mampu menampilkan aksi yang mantap dalam acara masing-masing.

Sementara itu, Syarbini Kedri berkata, skuad kali ini diperkuat dengan kehadiran beberapa perenang yang berbakat dengan atlet baharu dijangka memperoleh pendedahan berharga apabila bersaing bersama-sama atlet yang lebih berpengalaman.

“Kita mempunyai atlet yang bertanding dalam klasifikasi S5 hingga S14, jadi terdapat gabungan yang baik dalam kategori berbeza,” katanya yang ditemui di Dewan Raja Muda Musa sebentar tadi.

Syarbini berkata, beberapa perenang berpengalaman Sarawak yang pernah beraksi di peringkat kebangsaan, sekali gus memberikan keyakinan kepada pasukan untuk menghadiahkan pingat dalam acara masing-masing.

Beliau menambah, skuad kali ini juga akan mengharapkan acara berganti-ganti untuk meningkatkan kutipan pingat.

Syarbini memberitahu, pasukan menyedari saingan sengit di Selangor, namun mengharap perenang dapat kekal fokus untuk mencapai sasaran pingat.

Antara perenang berpengalaman dalam skuad kali ini ialah Galang Jabai, Mully Andriano, Alvin Wong Jun Ming, Sheena Ung Xin Ying, Sereen Lulong Jawi, Fraidden Dawan, Rusdianto Rusmadi dan Alexius Joel Kalon.

Acara renang akan berlangsung dari 7 hingga 10 September di Pusat Akuatik Selangor.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU